RSS

Watak Kegemaran Saya

Princess kesayangan Naurah

Jom Mandi dgn Naurah!!!!

Bercuti di Grand Paragon Hotel 15-16.8.09

Hari Sabtu ayah bawa Naurah sekeluarga ke Johor Bahru. Ayah ada mesyuarat CUEPACS.
Naurah menginap kt Grand Paragon Hotel. Ayah kata ni hotel 5 bintang..Satu mlm lebih kurang RM300.. Mahalnya.....
Ni dh sampai kat JB. Jalan sedang jem...

tu pemandangan dari bilik Naurah menginap kt tingkat 16. Cantikkn ....
Naurah suka posing. Ni ibu yang snap gambar .
Naurah bersama along dan Farouk.

Ni kat swimming pool kt tingkat 11...gayat la..

Ni kat gim pula.......


Singgah PC fairni kalu tak silap Naurah jalan nak pegi ke Tanjung Puteri...

Naurah Rampas balik no 1







Yahoo...Naurah dapat no 1 exam UPPM 3 kali ni.....Naurah dah dapat rampas balik no 1 dari kawan Naurah Efa...Ibu janji nak beli hadiah..bestnya!!!!!

Naurah menang hadiah lagi...

Bulan ni Naurah menang hadiah lagi. Hadiah ni utk peraduan Majalah Mingguan Didikku Bulan Mac, April dan Jun. Naurah menang untuk 3 bulan berturut2...Nilah hadiahnya...


Naurah memang suka baca buku. Sebab tu Naurah dapat anugerah pelajar yang paling banyak baca buku di sekolah (keseluruhan). Naurah dh baca hampir 800 buah buku....banyakkan!!!

Emmm..yummy....



Naurah suka sangat donat ni...sedap...yummy!yummy!.....eemmm...

Makan-makan di KFC

Ni masa Naurah pergi KFC kt Muar dengan ibu, along, angah, kak nana dan Farouk

Naurah sedang dok intai org makan


Naurah suka makan snap plate...sedappp!!!!
Ni makan cheezee Wedges lak...em, yummy!yummy!

Jom Masak dengan Naurah

Ni roti snawish yang Naurah masak
Naurah blender sekali carrot buat jus...campur susu pekat. sedap....
Ni masa Naurah masak asam pedas ayam..ibu yang ajar masak..

Jom tengok video Naurah sedang masak yang ibu rakam.....





Naurah Masak Makroni Goreng...

Semalam naurah teringin nak makan makaroni goreng. Naurah cuba masak sendiri.

Mula2 Naurah tumis bawang putih, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Lepas tu Naurah masukkan garam dan gula(sedikit je). Naurah masukkan air dan makroni. Last sekali Naurah masukkan telur.Nilah hasilnya....Dah siap.......
Emm, ibu kata sedap Naurah masak...kalah ibu...


The Little Monkey Wants The Moon

Buku cerita yang Naurah baca hari tu.

Moral
Don't spoil the child too much because a spoilt child will cause a lot of trouble for his parents

Glossary
spoilt -buruk,memuakan
selfish -pentingkan diri
admire -kagum

refused - menolak
wondered - kagum
feathers - bulu

Kenangan Kejayaan Naurah

Sabtu 11.4.2009 Program Keselamatan & Kebakaran

Ni masa Naurah cuba jawab soalan kuiz....em, memang betullah jawapan tu....
Naurah terima hadiah tajaan Balai Bomba Tangkak. Pakcik Bomba yang sampaikan hadiah tu.. Nak tau apa di dalamnya...Naurah dapat set alat tulis berjenama Faber Casttle lah..Best tau..
Pemenang hadiah kuiz..dari kiri Naurah(Thn 3), kak Mira(Thn 6), abg Akmal(Thn 5), abg Aqil(Thn 4), Hafi(Thn 2) dan Faiq(Thn 1).


Sabtu 2.3.2009 Program Anti Dadah

Ni gambar Naurah sedang mewarna untuk program tu. Naurah dapat Johan lagi. Cikgu kata Naurah dah tak payah masuk pertandingan mewarna lagi sebab mesti naurah yang akan dapat Johan.....



Khamis 12.3.2009 Karnival Zon Bukit Gambir di SK Sawah Ring

Masa Karnival ni Naurah & Fakri wakil sekolah untuk Smarts Mathematics. Kami dapat tempat ke 3 je tahun ni. Tu pun kerana seri dengan SKBG. Last sekali kami kena jawab soalan penentu kedudukan... Naurah lambat angkat tangan... Tahun lepas kami dapat Johan Zon dan masuk peringkat Daerah.



Hari Anugerah Kecemerlangan 11.11.2008


Ni gambar Naurah tahun lepas. Tiap2 tahun Naurah dapat banyak piala. Tahun 2008 Naurah dapat anugerah:

Tempat 1

Cemerlang : BM, BI, Bahasa Arab, Agama, Matematik, dan Sains.

Anugerah Pembaca Terbanyak Tahap 1 ( NILAM )

Kenangan Kejayaan Naurah

Jumaat 25.3.2009 -Ni masa Program Sambutan maulidur-rasul sekolah Naurah. Pn Hjh Munah ,guru besar Naurah yang sampaikan hadiahNaurah dapat 3 hadiah hari tu.

1. Johan Mewarna Poster

2. Johan Ejaan Jawi Baru

3. Johan Kuiz



Khamis 30.4.2009 -Program Hari Buku Sekolah Naurah selama 4 hari bermula hari Isnin. Masa program ni Naurah bolot 4 hadiah. (dari kiri Naurah yang ke 8 di depan tuu...)

1. Johan Mewarna Poster
2. Johan Melukis Poster
3. N/Johan Buku Skrap(kumpulan Naurah seramai 5 orang)
4. Anugerah Pembaca Terbanyak Keseluruhan( Naurah dah baca buku sebanyak 701 buah masa tu. Sekarang dah bertambah dah)


Ni gambar pemenang buku skrap. Naurah yang berdiri 3 dari kiri tu..











Semasa Naurah terima hadiah pembaca terbanyak. Cikgu Mohammad (GPK 1) yang sampaikan hamper tu pada Naurah.










Naurah bergambar bersama Kak Najihah. Kak Najihan terima anugerah untuk Tahap dua. Dia baca 645 buah buku..eemmm, banyak Naurah lagi la..Jangan marah kak najihah..

Nilah poster yang Naurah lukis dan dapat Johan. Cantik tak?????